fbpx
Tangkap layar anjing liar berkeliaran di Pantai Tanjung Tuan, Melaka mencetuskan kebimbangan keselamatan pengunjung yang datang.

[VIDEO] ‘Jangan sampai ada kes kena gigit baru nak ambil tindakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah pantai yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk beriadah pada hujung minggu kini dicemari dengan anjing liar yang berkeliaran tanpa kawalan.

Perkongsian video di aplikasi X menunjukkan kebimbangan orang ramai terhadap ancaman haiwan itu kepada pengunjung pantai.

Bilangan anjing liar di lokasi itu dilihat makin membimbangkan, malah ada yang mengejar kanak-kanak, sekali gus menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam kalangan pengunjung.

“Anjing terlampau banyak sampai kejar budak kecil. Pengunjung nak datang berkelah pun rasa kurang selesa. Jangan sampai ada kes kena gigit baru nak ambil tindakan,” kongsinya di ruangan kapsyen.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengguna menyuarakan kebimbangan dan meminta pihak berkaitan untuk mengambil tindakan segera.

“Saya pergi hari itu pun memang anjing banyak. Risau nak tinggal barang semasa mandi,” komen @Anissyx.- KOSMO! ONLINE

@syurgahaiwan♬ original sound – Syurga Haiwan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI