fbpx
Gambar hiasan.

‘Kalau awak seksi, maaf tak minat langsung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Isteri saya pakai purdah, kalau awak seksi, maaf tak minat langsung.”

Demikian pengakuan jujur daripada seorang suami apabila dia dengan tegas menyatakan sudah beristeri meskipun diganggu oleh wanita miang dan seksi menerusi perbualan di WhatsApp.

Perbualan antara lelaki dan wanita dikenali sebagai Ana itu tular di media sosial dan turut dikongsikan oleh pengguna Facebook, Wanie.

Dalam perbualan tersebut, Ana pada mulanya berlakon seolah-olah tersilap orang, namun keesokkan harinya, dia sekali lagi menghubungi lelaki itu sehingga dengan berani menghantar gambar dirinya berpakaian seksi.

“Assalamualaikum, buat apa itu bang? Semalam saya dapat nombor awal dari Afiq, kawan saya kelas zaman sekolah. Betul ke awak Muhammad…?,” soal Ana.

“Maaf Ana, macam inilah senang. Kira saya terus terang dengan awak, saya ada isteri dan isteri saya pakai purdah. Dosa saya pun dah banyak, lagi nak tanggung dosa orang lain. Maaf saya tak boleh tolong, maaf apa-apa pun ingat Ana, api neraka itu panas,” balas lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI