fbpx

Facundo Garces kini sah milik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN kelab La Liga, Deportivo Alaves, Facundo Garces sudah pun menjalani latihan bersama pasukan.

KUALA LUMPUR – Benteng Harimau Malaya akan lebih kukuh apabila bakal diperkuatkan pertahanan tengah kelab La Liga, Deportivo Alaves, Facundo Garces selaku pemain warisan baharu.

Selain beraksi di saingan utama Sepanyol, pemain kelahiran Argentina itu juga mempunyai pengalaman bermain dalam liga utama di Argentina dan mempunyai fizikal mantap selaku pemain pertahanan.

“Facundo mempunyai perwatakan yang kuat. Seorang pertahanan yang tenang dengan personaliti yang hebat serta pengalaman di peringkat tertinggi. Dia sangat bersemangat untuk mewakili Malaysia dan berbangga dalam mengharumkan nama negaranya,” kata pengendali negara, Peter Clamovski.

Pemain terbabit sudah menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya dan dijangka bakal membuat penampilan sulung dalam perlawanan penting kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 Jun ini.

Ketika ini, Jefte Betancor, Jon Irazabal dan Rodrigo Holgado juga dikatakan makin hampir untuk memperkuatkan Harimau Malaya bagi hadapi Vietnam nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI