fbpx
BAHAGIAN hadapan Porsche yang remuk . - Foto Istimewa

Porsche dipandu laju hentam belakang Toyota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu kemalangan berlaku apabila kereta sport Porsche yang dipandu laju melanggar belakang kenderaan Toyota Rush di Surabaya, lapor portal berita Detikjatim hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan kenderaan Toyota  ‘terpelanting’ dan terbalik di dalam parit.

Namun, hanya dua orang yang mengalami kecederaan termasuk pemandu Porsche.

“Pemandu Porsche tidak dapat mengawal keretanya  yang dipandu laju kerana di hadapan ada Toyota Rush.

“Penumpang Rush ada 7 orang,” kata pegawai polis tempatan, Inspektor Arif Iskandar berhubung kemalangan yang berlaku baru-baru ini.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dan cuma dua orang cedera ringan termasuk pemandu Porsche.

Kes itu masih disiasat polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI