fbpx

EPL: Ten Hag sedia ‘bantu’ Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY dan Garnacho dilapor menjadi buruan Ten Hag yang kini dilantik mengemudi Leverkusen. - AFP

LONDON – Bayer Leverkusen dilapor sedang memburu khidmat dua pemain Manchester United sebagai persediaan untuk kehilangan bintang mereka, Florian Wirtz yang semakin hampir untuk menyertai Liverpool.

Rundingan antara Leverkusen dan Liverpool dilapor semakin hampir untuk mencapai kata putus dengan nilai perpindahan Wirtz dianggarkan bernilai £126.3 juta (RM721.46 juta) dengan kontrak selama lima tahun.

Hasil daripada wang perpindahan tersebut menyebabkan Leverkusen yang melantik pengendali baharu, Erik Ten Hag bersedia untuk kembali mendapatkan khidmat dua bekas pemainnya ketika bersama United.

Laporan di Jerman mendedahkan bahawa pengendali dari Belanda itu mahu kembali mendapaykan khidmat Alejandro Garnacho dan Antony bagi memperkuatkan pasukan itu dan dianggap mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Wirtz.

Hasrat Ten Hag mungkin tidak sukar untuk direalisasikan ketika masa depan kedua-dua pemain itu bersedia untuk dilepaskan apabila tidak berada dalam perancangan Pengurus United, Ruben Amorim.

Amorim dilapor memberitahu Garnacho untuk mendapatkan kelab baharu pada musim panas ini apabila gagal memberikan aksi terbaik, manakala Antony yang dipinjamkan ke Real Betis juga mungkin tidak akan pulang ke Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI