fbpx

Merpati bikin kecoh dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR burung merpati terbang di dalam kabin pesawat. - Foto Instagram/@cawtom

WASHINGTON – Sebuah penerbangan Delta Air Lines terpaksa ditangguhkan dua kali selepas dua ekor burung merpati terbang di dalam kabin pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis-Saint, negeri Minnesota, lapor portal berita ABC News hari ini.

Kehadiran burung pertama di dalam kabin dikesan ketika pesawat itu mahu bergerak meninggalkan lapangan terbang tersebut untuk berlepas ke Madison, Wisconsin.

Seorang pekerja pengendali beg berjaya mengeluarkan haiwan itu selepas ia berpatah balik ke pintu masuk pesawat.

Namun, ketika pesawat bergerak semula untuk berlepas, burung merpati kedua dikesan terbang di dalam kabin, memaksa juruterbang berpatah balik sekali lagi.

Menurut seorang penumpang, Tom Caw, seorang lagi pekerja pengendali beg berjaya membawa keluar burung itu.

Syarikat Delta Lines kemudian mengeluarkan permohonan maaf susulan gangguan tersebut sehingga menyebabkan penerbangan pesawat yang membawa 119 penumpang dan lima kru itu ditangguhkan selama 56 minit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI