fbpx

Suami isteri dera anak didakwa pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Balik Pulau.

GEORGE TOWN – Pasangan suami isteri yang disyaki mendera anak perempuan mereka berusia 12 tahun, minggu lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Balik Pulau di sini, hari ini.

Pertuduhan ke atas pasangan berusia 47 dan 49 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian atau penderaan terhadap kanak-kanak.

Penahanan kedua-dua suspek dilakukan selepas guru besar sekolah anak mereka membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa mangsa, Selasa minggu lalu

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam.

“Arahan tuduh suspek pertama dan kedua bersama -sama di Mahkamah Sesyen Balik Pulau hari ini,” katanya di sini pagi ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa dera ibu bapanya mendakwa dia dipukul, dirotan dan dicubit kerana menyembunyikan baki biskut yang tidak dapat dihabiskan di dalam almari pakaian.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata, perkara itu diberitahu oleh mangsa berusia 12 tahun itu ketika dia bertemu kanak-kanak perempuan itu di Hospital Pulau Pinang (HPP), Jumaat minggu lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI