fbpx

Rugi RM317,000 angkara mahu untung juta-juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang pesara akauntan mengalami kerugian sebanyak RM317,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan saham menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, lelaki tempatan berumur 71 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan sehingga 20 peratus.

Menurut beliau, mangsa terlibat iklan tentang pelaburan tersebut pada 23 Mac lalu.

“Akibat tertarik, mangsa membuat 22 transaksi kewangan ke dalam tujuh akaun berbeza antara 23 Mac hingga 8 Mei lalu berjumlah keseluruhan RM317,000

“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan sebelum boleh mengeluarkan keuntungan berjumlah RM3.42 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, siasatan awal mendapati enam dari tujuh akaun terbabit mempunyai keseluruhan 70 rekod laporan polis bersabit kes penipuan pelaburan.

“Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI