PETALING JAYA – Semakan keputusan calon yang layak ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) sesi 2025/2026 mula bermula pukul 10 pagi ini.
KPM menerusi kenyataan memaklumkan, pelajar yang telah membuat permohonan boleh menyemak keputusan di laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my.
Bagi pelajar yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat menerusi dalam talian sama mulai hari ini hingga 21 Jun depan.
Keputusan semakan rayuan katanya, akan diumumkan pada 30 Jun depan.
“Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai esok hingga 21 Jun depan di laman sesawang kolej masing-masing.
“Pelajar perlu mendaftar secara fizikal di kolej matrikulasi mulai 22 Jun depan berdasarkan surat tawaran masing-masing,” kata kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE