fbpx

MBSB tawar dana RM1 bilion untuk sektor aeroangkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan MBSB menawarkan kemudahan pembiayaan sehingga RM1 bilion kepada perusahaan tempatan yang menceburi sektor aeroangkasa.

Kemudahan tersebut adalah untuk menyokong misi kebangsaan dalam Pelan Induk Industri Aeroangkasa 2030 yang diketuai oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan juga agensi NAICO untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia menjadi hab utama aeroangkasa di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe Haneef berkata, pembiayaan tersebut disediakan melalui MBSB Bank dan juga kemudahan kewangan MIDF.

 Dana tersebut dikhususkan kepada pembekal OEM Tier 1 dan Tier 2, pengeluar, penyedia MRO dan juga syarikat terbabit dalam aeroangkasa melabur dalam pelan pengembangan, automasi, kejuruteraan, kajian dan pembangunan serta pembangunan sumber manusia.

 “Kemudahan kewangan bernilai RM1 bilion itu dibangunkan untuk meningkatkan impak dengan menyokong pemain dan juga berhasrat untuk menjadi peneraju dalam bidang perkilangan, rekaan dan inovasi. 

“Kami di sini untuk membiayai masa depan industri aeroangkasa yang mana Malaysia boleh memimpin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dana tersebut tersedia secara serta merta dengan disediakan dengan kelulusan diperkemaskan diselaraskan melalui kumpulan komersial dan pembangunan kewangan.

Kumpulan tersebut turut bekerjasama dengan kluster aeroangkasa di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan untuk memastikan sokongan kewangan dikhususkan kepada kawasan yang mempunyai kesan industri yang tinggi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI