fbpx

Agong kurnia surat cara pelantikan kepada tiga hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan bergambar kenangan pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan di Istana Negara hari ini. Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada tiga hakim di Istana Negara di ibu negara.

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Lee Swee Seng.

Ia kemudian diteruskan dengan pelantikan dua Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Dr. Lim Hock Leng.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim, turut hadir menyaksikan istiadat tersebut ialah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.

Hadir sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli serta Peguam Negara, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan bergambar bersama hakim-hakim yang baru dilantik selepas selesai pengurniaan surat cara pelantikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI