fbpx

Kerap main telefon bimbit punca kepala ‘jatuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bonjolan besar terbentuk di belakang leher pesakit. - Oddity Central

TOKYO – Seorang lelaki di Jepun disahkan menghidap ‘sindrom kepala jatuh’ kerana kerap  memandang ke bawah untuk menggunakan telefon bimbit, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Kes melibatkan lelaki berumur 25 tahun itu disiarkan dalam jurnal JOS Case Reports. Ia memperincikan kesan buruk akibat menundukkan kepala berjam-jam dalam jangka masa lama.

Pesakit menghabiskan sebahagian besar masa bermain telefon bimbit, menyebabkan bonjolan besar terbentuk di belakang lehernya.

Dia juga tidak dapat mengangkat kepala menggunakan otot lehernya.

Sebelum mendapatkan bantuan perubatan, lelaki itu mengalami sakit tengkuk serius dan sukar menelan makanan, menyebabkan berat badannya turun dengan cepat. 

Menurut laporan, pesakit tersebut menjadi mangsa buli ketika zaman remaja, membuatkan dia banyak menghabiskan masa dengan memencilkan diri di dalam bilik.

Dia menghabiskan sebahagian besar waktu menggunakan telefon bimbit.

Pesakit  terpaksa menjalani siri  pembedahan dengan doktor-doktor mengeluarkan sebahagian tisu berparut pada lehernya. Mereka kemudian memasukkan skru dan batang logam ke dalam tulang leher untuk membetulkan postur pesakit.

Enam bulan selepas menjalani pembedahan leher, pesakit akhirnya dapat mengangkat kepala dan mengekalkannya dalam kedudukan yang betul. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI