fbpx

Pearly-Thinaah buru gelaran sulung 2025 di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kiri) dan Thinaah berpeluang merangkul gelaran pertama musim ini selepas mara ke perlawanan akhir Terbuka Thailand. - AFP

PETALING JAYA – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke final Terbuka Thailand 2025 selepas mengetepikan cabaran pasangan Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara 21-18, 21-12 dalam aksi separuh akhir di Stadium Nimibutr, Bangkok, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan pasangan ranking keempat dunia itu bakal berdepan wakil Korea Selatan, Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo dalam penentuan juara esok.

Ini merupakan penampilan kedua Pearly-Thinaah di pentas final musim ini selepas muncul naib juara Indonesia Masters, Januari lalu.

“Kami rasa dalam perlawanan pertama, pihak lawan berjaya paksa kami lakukan kesilapan mudah. Itu buatkan permainan jadi rapat. Tapi masuk set kedua, kami lebih berhati-hati dan fokus pada corak permainan sendiri,” kata Pearly selepas perlawanan.

Thinaah pula mengakui rehat panjang susulan isu teknikal memberi peluang kepada mereka untuk bertenang dan menyusun semula strategi.

“Kami hanya mahu kekal fokus. Tak mahu terlalu tertekan dan kembali tenang sebelum sambung permainan,” katanya.

Mengulas mengenai final menentang Na Eun-Yeon Woo, Thinaah berkata mereka pernah bertemu pasangan itu di Orleans Masters Mac lalu dan berjaya mencatat kemenangan.

“Mereka pasangan baru yang sangat kuat. Tapi seperti biasa, kami mahu fokus pada permainan sendiri dan kekalkan momentum esok,” ujar Thinaah.

Pearly-Thinaah kali terakhir menjulang gelaran di Terbuka Hong Kong, September tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI