fbpx

Tular video pelajar sekolah selamba hisap vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di laman X.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan sekumpulan pelajar sekolah menghisap rokok elektronik ataupun vape tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi rakaman yang dikongsi di laman X, pelajar-pelajar berkenaan yang berpakaian baju sukan sekolah dilihat bergilir-gilir menghisap satu peranti vape dikongsi beramai-ramai.

“Ya Allah, sedihnya tengok. Cikgu-cikgu pun dah kena pantau murid yang dah mula bawa vape ke sekolah.

“Vape atau pod benda paling mudah nak beli sekarang,” tulis hantaran video tersebut.

Bagaimanapun tidak dinyatakan di mana lokasi video tersebut dirakam.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tingkah laku pelajar terbabit.

“Kenapa cikgu pula yang kena pantau sedangkan pelajar bawa benda itu dari rumah. Ibu bapa kena ambil tanggungjawab periksa poket, bilik tidur dan beg sekolah anak-anak,” kata Jiwa Rakyat.

“Minggu ini saja ada dua kes vape, cikgu-cikgu memang sentiasa pantau. Murid-murid lain diminta laporkan kalau nampak kawan bawa vape,” kata Arif.

“Inilah jalan masuk untuk budak belajar ambil bahan-bahan mengkhayalkan di sekolah-sekolah. Walaupun jualan di kedai-kedai diperketatkan syarat, benda ini boleh saja dibeli melalui dalam talian atau dari penjual haram di sekolah,” kata DeeGee.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih sejuta kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI