fbpx

Man. United mungkin ‘digantung’ ke UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED dikatakan mungkin tidak boleh beraksi di pentas UCL musim depan meskipun jika memenangi Liga Europa kali ini. - AFP

MANCHESTER – Musim 2024/25 boleh dianggap sebagai kempen penuh hambar Manchester United apabila menyaksikan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hampir terperosok ke zon penyingkiran selepas menghuni tangga ke-16 iaitu kedudukan kelima tercorot.

Meskipun menampilkan aksi mengecewakan dalam saingan liga, namun The Red Devils tetap berbisa di kancah Eropah apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Europa dan berpeluang mara ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sekiranya menang.

Bagaimanapun, ada kemungkinan United tidak dapat beraksi dalam pentas berprestij Eropah itu sekiranya pasukan Ligue 1, Nice turut melayakkan diri ke saingan UCL musim depan.

Ia disebabkan Nice juga pasukan yang dimiliki oleh pemilik bersama United, Sir Jim Ratcliffe dan peraturan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) tidak membenarkan dua pasukan di bawah pemilikan sama beraksi dalam satu kejohanan sama.

Ketika ini, Nice dilihat berpeluang untuk melangkah ke UCL musim depan apabila menghuni tangga keempat liga dengan saingan musim ini hanya berbaki satu perlawanan lagi.

Difahamkan, jika kedua-duanya berjaya melayakkan diri ke UCL, salah satu pasukan mungkin diturunkan ke saingan Liga Europa bagi memberikan slot tersebut kepada satu lagi pasukan.

Keadaan itu menyebabkan Ratcliffe mula mengintai peluang mencari pembeli bagi melepaskan pemegang sahamnya dalam Nice bagi mengelakkan sebarang konflik antara kedua-dua pasukan dalam saingan UCL nanti.

Sekiranya usaha untuk menjual kelab itu tidak berhasil, kedua-dua pasukan masih boleh beraksi sekiranya beliau boleh membuktikan bahawa Nice dan United tidak berada di bawah satu pengurusan sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI