fbpx

Real di ambang terlepas gelaran La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (kiri) berjaya meledak tiga gol, namun gagal membantu Real apabila tewas 3-4 kepada Barcelona kelmarin. - AFP

BARCELONA – Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti mengakui kesilapan mudah di benteng pertahanan menjadi punca kekalahan 3-4 kepada Barcelona dalam aksi El Clasico kelmarin sekali gus menyaksikan harapan mempertahankan kejuaraan La Liga semakin tipis.

Meskipun Kylian Mbappe meledak hatrik di Stadium Lluis Companys, kegagalan mengawal barisan serangan muda Barcelona diketuai Lamine Yamal dan Raphinha memburukkan lagi situasi Madrid yang turun tanpa lima tonggak utama pertahanan akibat kecederaan.

Tanpa kelibat Eder Militao, Antonio Rudiger, Dani Carvajal, Ferland Mendy dan David Alaba, barisan pertahanan Madrid goyah sejak awal dan gagal mengekang kebangkitan lawan selepas mendahului 2-0 menerusi dua gol Mbappe pada minit kelima serta 14.

“Kami buat beberapa kesilapan besar yang akhirnya membolehkan mereka menjaringkan gol. Dalam perlawanan besar, anda perlu sempurna. Serangan kami bagus tetapi bahagian pertahanan jelas banyak perlu diperbaiki,” kata Ancelotti.

Kebangkitan Barcelona bermula gol pertama daripada Eric Garcia (m-19) diikuti jaringan penyamaan Yamal (m-32) sebelum dua kesilapan pertahanan Real membolehkan Raphinha menambah dua lagi gol pada minit ke-34 dan 45.

Barcelona kini tujuh mata di hadapan Real di tangga kedua dengan hanya berbaki tiga aksi liga lagi menyaksikan lawan tersebut mungkin dinobatkan juara La Liga seawal Khamis ini jika menang ke atas Espanyol tanpa mengambil kira keputusan Real bertemu Mallorca.

“Orang boleh beri apa saja penilaian musim kami, tapi yang penting sekarang adalah tamatkan kempen dengan baik dan cuba menang baki tiga perlawanan,” ujar Ancelotti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI