JAKARTA – Gempa bumi berkekuatan 6.2 magnitud yang menggegarkan wilayah Aceh petang tadi tidak berpotensi mencetuskan tsunami, demikian menurut analisis Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) seperti laporan saluran berita CNN Indonesia.
“Hasil analisis BMKG menunjukkan gempa bumi ini mempunyai kekuatan 6.2 magnitud dengan parameter kemaskini magnitud 5.9,” kata Pengarah Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Dr. Daryono dalam kenyataan bertulisnya.
Daryono berkata, gempa bumi itu berlaku pada pukul 3.57 petang (waktu tempatan) di kawasan Pantai Selatan Aceh Barat Daya.
Tambahnya, pusat gempa terletak terletak di laut pada jarak 23 kilometer barat daya Blangpidie, Aceh Barat Daya, pada kedalaman 83 kilometer.
“Dengan memberi perhatian kepada lokasi pusat gempa dan kedalaman hiposenter, gempa yang berlaku adalah jenis sederhana akibat aktiviti ubah bentuk batuan di dalam plat (intraslab),” tambahnya. – AGENSI