fbpx

Ibu negara Pakistan diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LETUPAN besar menggegarkan Islamabad malam semalam. - Foto X

ISLAMABAD – Ibu kota Pakistan, Islamabad digegarkan letupan besar dengan api menerangi langit malam ketika konflik semakin memuncak antara negara berkenaan dan India, lapor portal berita The Mirror semalam. 

Ramai individu menggunakan media sosial untuk berkongsi imej api menjulang tinggi menyelubungi langit Islamabad.

Satu rakaman vyang dikongsi di internet menunjukkan api dan asap berkepul-kepul berhampiran kawasan Margalla Hills dan Chaklala di Rawalpindi, berdekatan kemudahan tentera. 

Sekurang-kurangnya tiga letupan dilaporkan di seluruh Islamabad, dengan laporan berasingan mengenai letupan lain  di Lahore pada awal malam.

Laporan media sosial menyatakan, kemungkinan dron digunakan dalam letupan tersebut di mana terdapat spekulasi ia ditembak jatuh oleh tentera Pakistan. 

Namun, tentera Pakistan masih belum mengulas secara rasmi. 

Beberapa sumber Pakistan melaporkan bahawa kemudahan tentera di Lahore dan Islamabad adalah sasaran serangan.

Laporan menunjukkan India mungkin meningkatkan operasi ketenteraannya susulan serangan pengganas bulan lalu yang mengorbankan 26 lelaki termasuk pelancong.

India menyalahkan insiden itu ke atas Pakistan tetapi dinafikan oleh Islamabad. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI