WASHINGTON – Perkhidmatan sembang internet dan panggilan video serta suara yang dimiliki syarikat Microsoft, Skype ditutup semalam selepas beroperasi sekitar 22 tahun, lapor agensi berita Anadolu.
Sekumpulan jurutera melancarkan aplikasi sembang popular itu sebelum Microsoft membelinya pada tahun 2011.
Pada 28 Februari tahun ini, Microsoft mengumumkan bahawa Skype telah mencapai penghujung hayatnya.
“Mulai Mei 2025, Skype tidak lagi boleh digunakan,” kata pengumuman itu.
Susulan itu, Microsoft menawarkan pengguna-penggunanya untuk log masuk ke Microsoft Teams Free menggunakan akaun Skype mereka untuk terus berhubung dengan semua rakan.
Skype diasaskan pada tahun 2003 oleh Niklas Zennstrom dan Janus Friis di Estonia, lapor agensi berita AFP. – AGENSI