fbpx

22 pertukaran perkukuh PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran melibatkan seramai 22 pegawai kanan berkuat kuasa pada 9 Jun ini.

Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, mendahului senarai pertukaran ialah Ketua Penolong Pengarah (KPP) Siasatan Jenayah Pemalsuan/ Pelaburan Bersindiket Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Mohd. Mahidisham Ishak
yang akan menjawat jawatan Timbalan Pengarah JSJK dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

“KPP (Kewangan/ Perolehan/Kepolisan am) Jabatan Logistik dan Teknologi, Asisten Komisioner (ACP), Rohana Abdul Rahman dilantik sebagai Timbalan Pengarah jabatan sama memangku pangkat SAC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penolong Pengarah (D6) Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, ACP Zuraimi Zamzam dilantik Ketua Penolong Pengarah (D6) jabatan sama dengan memangku pangkat SAC.

“Pegawai Turus Pentadbiran Jabatan Pengurusan, ACP Suffian Sulaiman pula dilantik Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur dengan memangku pangkat SAC.

“Superintenden (D9) Risikan/ Operasi JSJ Bukit Aman, Kamarul Rizal Jenal pula dilantik sebagai Penolong Pengarah jabatan sama dengan memangku pangkat ACP,” katanya.

Ketua Polis Daerah Gerik, Perak, Zulkifli Mahmood bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (Operasi/Risik) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dengan memangku ACP.

Pada masa sama seramai 12 pegawai kanan lagi dinaikkan pangkat ke ACP dan Superintendan serta bertukar ke jawatan-jawatan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI