fbpx

Quaresma lonjak ‘aura’ Sang Kenari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ricardo Quaresma pernah mewakili beberapa kelab ternama Eropah seperti Chelsea dan Barcelona. - Foto ihsan KDA FC

ALOR SETAR – Legenda bola sepak Portugal, Ricardo Quaresma akhirnya menjejakkan kaki ke bumi Kedah bagi menyertai perlawanan persahabatan membabitkan All Star Kedah menentang All Star Malaysia, Sabtu ini

Menurut Pengarah Teknikal Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nelson Sam Martin, kehadiran Quaresma ke negeri Jelapang Padi merupakan peluang untuk kelab itu mempromosikan pasukan berkenaan yang sebelum ini banyak menempa kejayaan dalam saingan liga tempatan.

“Penyokong bola sepak Kedah diminta untuk memenuhi stadium pada perlawanan persahabatan itu nanti kerana kelab telah berusaha sebaik mungkin bagi merealisasikan kehadiran Quaresma seperti dijanjikan sebelum ini,” katanya.

Sementara, seorang peminat tegar bola sepak Kedah, Zulkifli Hashim memaklumkan, kehadiran Quaresma  membawa keterujaan dalam kalangan penyokong.

“Kehadiran Quaresma sememangnya dinanti-nanti setelah berlaku penangguhan perlawanan persahabatan itu yang dijadualkan berlangsung hujung bulan lalu.

“Macam tak percaya bintang Piala Dunia itu hadir dan akan bermain di Stadium Darul Aman. Kehadirannya sememangnya menggembirakan kami selaku penyokong bola sepak Kedah,” katanya.

Sebelum ini, KDA FC membuat kejutan apabila mengumumkan secara terbuka bahawa pasukan itu ada membuat tawaran kepada Quaresma untuk beraksi dengan Sang Kenari bagi musim 2025/2026.

Namun, pihak pengurusan meletakkan syarat tertentu antaranya, gaji pemain yang terkenal dengan gelaran ‘King of Travela’ itu akan dibayar oleh penaja dari luar negara.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI