fbpx

PRK Ayer Kuning: Bawani pertama buang undi di SJKC Pheng Lok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bawani menjadi pemilih pertama membuang undi di pusat mengundi SJKC Pheng Lok, Tapah hari ini.

TAPAH – Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40, menjadi pemilih pertama membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pheng Lok di sini pukul 8 pagi tadi.

Kehadirannya di pusat mengundi tersebut adalah diiringi oleh Timbalan Pengerusi parti berkenaan, C. Arutchelvam.

Sebanyak 19 pusat mengundi membabitkan 63 saluran bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dibuka serentak pada pukul 8 pagi hari ini.

Pusat pengundian tersebut ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Temoh, SK Sungai Lesong, SJKC Sungai Kroh, SK Batu Masjid, SK Batu Tiga, SJKC Hwa Lian, SK Ayer Kuning, SJKC Pheng Lok, Sekolah Agama Rakyat Salamiah, SK Haji Hasan dan SJKC Phui Chen.

Selain itu, turut dijadikan pusat mengundi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Panglima Perang Kiri, SK Toh Tandewa Sakti, SJKC Pekan Getah, SMK Bidor, Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Banopdane, SK Jeram Mengkuang dan SJKC Kg Coldstream.

Seramai 31,281 pengundi berdaftar direkodkan di DUN Ayer Kuning dengan 601 petugas termasuk polis pengiring akan bertugas bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI