PETALING JAYA – Kementerian Perpaduan Negara melancarkan kempen Baucar Buku Semarak Membaca 2025 membabitkan peruntukan berjumlah RM1 juta sebagai usaha memperkasa budaya ilmu.
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kempen dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu antara lain membantu dan meringankan beban rakyat dalam pembelian bahan ilmiah.
Katanya, baucar berkenaan boleh ditebus di Pesta Buku Negeri dan orang ramai perlu merujuk laman web https://semarakmembaca.com.
“Setiap individu layak menebus satu baucar bernilai RM10, dengan syarat perbelanjaan minimum sebanyak RM20 dalam satu resit transaksi bagi buku tempatan atau terbitan dalam negara sahaja.
“Penebusan baucar bermula daripada 22 April hingga 31 Disember ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, platform e-dagang bersetuju Shopee memudahkan penebusan baucar, memperluas akses kepada buku berkualiti bagi mengalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli buku dan membaca. – KOSMO! ONLINE