fbpx

Lapor pergerakan keluar masuk ke laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Lizan (tengah) menyaksikan majlis serah tugas Pengarah Maritim Terengganu antara Hamiludin (kanan) dan Mohd. Khairulanuar di Pejabat Maritim Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) mengingatkan pengusaha bot agar sentiasa mementingkan tahap keselamatan sewaktu membawa kumpulan pemancing pada musim mencandat sotong yang sudah bermula pada awal bulan ini hingga Ogos depan.

Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia (APMM), Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pengusaha terlibat perlu memastikan bot mencandat sotong mereka dilengkapi peralatan seperti jaket keselamatan dan alat komunikasi bersesuaian sebelum turun ke laut.

“Lapor pergerakan keluar masuk (ke laut untuk mencandat sotong) kepada APMM agar memudahkan usaha pengesanan dan menghantaran bantuan sekiranya berlaku apa-apa.

“Sebelum ini, kita mendapati banyak kes (bot mencandat sotong) keluar tanpa mengambil kira keperluan (keselamatan) sepatutnya,” katanya di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu menyaksikan majlis serah tugas Pengarah Maritim Terengganu antara Kepten Maritim Hamiludin Che Awang dan Laksamana Pertama Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid.

Saiful Lizan berkata, APMM akan melakukan pemeriksaan berkala terhadap bot mencandat sotong di perairan Terengganu bagi memastikan semua keperluan keselamatan dipatuhi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Saiful Lizan menegaskan kawalan terhadap perairan negara juga telah diperketatkan agar tidak diceroboh nelayan asing yang mahu menangkap sotong secara haram.

“Statistik juga telah menunjukkan pencerobohan nelayan asing untuk mencuri hasil sotong telah turun secara signifikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI