Fasha bersama Elisya dan keluarga kecilnya.

Fasha Sandha sukar lepaskan ‘bayi kecil’, Elisya Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha menzahirkan rasa gembira bercampur sedih atas pertunangan adiknya yang juga pelakon, Elisya Sandha pada Ahad lalu.

Hal ini kerana Fasha menyifatkan adiknya masih lagi seperti ibarat ‘bayi kecil’ dalam keluarganya.

“Melepaskanmu bukan satu perkara yang mudah kerana pada Angah, Elisya masih lagi ‘our baby girl’.

 

Tangkap layar memaparkan status Fasha Sandha di Instagram miliknya.

“Walaupun berat untuk kami, sejujurnya apa sahaja yang akan membuatmu bahagia, kami turuti. Bahagia Elisya, maka kami juga akan turut bahagia,” katanya.

Pelakon drama Semua Salahku itu turut memberikan nasihat kepada Elisya dan juga bakal adik iparnya, Uzair supaya saling melengkapi antara satu sama lain.

“Pesanan Angah untuk Elisya dan Uzair, terimalah keburukan dan kebaikan masing-masing kerana manusia itu diciptakan Tuhan tidak sempurna.

“Namun, di sebalik ketidaksempurnaan itu, Tuhan ciptakan bahagia antara manusia,” kata isteri kepada pelakon, Aidil Aziz itu.

Pada Ahad lalu, Elisya Sandha yang popular dengan drama Misteri Mona telah selamat bertunang dengan anak kepada penerbit, Shiela Rusly dan Jinggo, Uzair Haqimy. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN