PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang, Batang Padang, Perak selama tujuh hari lagi bermula 4 sehingga 10 Februari 2021.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di lokasi terbabit yang dijadualkan tamat pada 3 Februari 2021.
“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 309 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 27 kes positif Covid-19 telah direkodkan.
“KKM juga turut mengesahkan masih terdapat 34 penduduk yang masih menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan seorang kes positif masih dalam tempoh isolasi,” jelasnya dalam sidang akhbar khas sebentar tadi.
Dalam perkembangan sama, KKM turut mengesahkan terdapat peningkatan kes yang mendadak dalam daerah Perak Tengah dengan 28 kes melibatkan Kluster di Felcra
Nasaruddin.
Sehingga kini, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang mendadak dalam daerah Perak Tengah dengan 28 kes melibatkan Kluster di Felcra Nasaruddin.
“KKM turut melaporkan seramai 45 orang sedang menjalani kuarantin wajib di rumah (HSO) di lokaliti tersebut ketika ini.
“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKPD di Felcra Nasaruddin, Perak Tengah, Perak mulai 3 Februari hingga 16 Februari 2021,” jelasnya.
Dalam pada itu, perlaksanaan PKPD di di Peringkat 2 dan sebahagian Peringkat 1, Felda Bersia, Hulu Perak turut disambung bermula 3 sehingga 16 Februari 2021. -K! ONLINE.














