fbpx
Lemak susu dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth semalam.

16.8 tan lemak susu dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri menahan sebuah kontena yang membawa 80 tong dram berisi lemak susu semasa pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth di sini semalam.

Operasi kira-kira pulul 5.30 petang itu membabitkan rampasan produk dari New Zealand itu yang seberat kira-kira 16.8 tan.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, siasatan pihaknya mendapati, pemiliknya mengisytiharkan dokumen tidak tepat seperti yang dinyatakan pada syarat permit import Maqis yang sah iaitu mengemukakan sijil kesihatan yang berbeza dari negara pengimport.

“Justeru kita menahan 16,800 kilogram lemak susu itu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM300,110 bagi siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati produk tersebut diimport untuk dijadikan produk yang diproses iaitu makanan dan minuman manusia serta bagi pasaran negara ini dan luar negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN