SALMA menerima 30 jahitan akibat tikaman dalam kejadian amuk di Felda Jengka 2, Maran.

‘Jangan tikam aku, jangan bunuh aku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Suami mangsa tikaman bertubi-tubi jiran mendedahkan isterinya bertukar menjadi seorang yang murung selain setiap malam mengigau menjerit ‘jangan tikam aku’.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi pada 6 April lalu, mangsa Salma Mustapha, 52, parah ditikam dengan pisau sehingga me­nerima 30 jahitan di perut, ta­ngan dan dagu.

Suami mangsa, Shamsudin Bahran, 54, berkata, walaupun isterinya sudah dua minggu keluar daripada hospital, kesan trauma kejadian pada awal Syawal itu masih menghantui mereka sekeluarga terutama pada waktu malam.

“Setiap malam dia menjerit dalam tidur, ‘jangan tikam aku, jangan bunuh aku’. Kadang-kadang saya sendiri pun terjaga dan tak mampu tahan air mata.

“Saya masih terbayang-bayang darah isteri membasahi tanah dan jeritan dia setiap malam takkan saya lupakan sampai mati,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Lokasi kejadian amuk yang menyebabkan Salma diserang suspek pada 6 April lalu.

Menurut Shamsudin, selepas isterinya dibenarkan keluar daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, mereka menginap di rumah ibunya di lokasi kejadian namun hanya mampu bertahan semalam.

“Dia (isteri) tidak boleh langsung pandang gerai jualan itu. Di situlah tempat dia ditetak. Sekarang kami tinggal sementara di rumah adik saya dalam rancangan yang sama,” ujarnya.

Shamsudin yang bekerja sebagai pengawal keselamatan memberitahu, dia kini mengambil cuti panjang demi menjaga emosi dan keselamatan isterinya.

“Saya bukan sahaja mahu jaga lukanya tetapi hati dia, Saya kenal Salma dia kuat tetapi kejadian ini buat dia jadi lain. Murung, sunyi, macam hilang semangat,” luahnya.

Dalam pada itu Shamsudin mengakui, mereka masih belum mampu berdepan dengan keluarga suspek yang merupakan jiran rapat yang tinggal hanya beberapa rumah dari kediaman mereka biarpun lelaki itu telah meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN