fbpx
Tindakan tegas seperti dihalang ke luar negara diambil ke atas majikan yang ingkar membayar caruman KWSP. – Gambar hiasan

12,787 majikan tak bayar KWSP pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan seramai 12,787 pengarah syarikat telah dihalang ke luar negara selepas didapati gagal melunaskan caruman untuk pekerja masing-masing.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan 13,820 majikan yang gagal berbuat demikian dalam tempoh enam bulan iaitu Januari hingga Jun tahun lalu.

Katanya, ia merupakan 2.02 peratus daripada keseluruhan 685,399 majikan berdaftar dengan KWSP.

“Tindakan diambil selaras de­ngan peruntukan mengikut Seksyen 39 Akta KWSP 1991. KWSP sentiasa komited dalam memastikan setiap majikan memenuhi tanggungjawab mencarum bagi pihak pekerja seperti termaktub dalam Seksyen 43(1) Akta KWSP.

“Kegagalan majikan membayar dalam tempoh ditetapkan merupakan satu kesalahan serius. KWSP tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan yang ingkar, termasuk tindakan sivil dan jenayah, demi melindungi hak pekerja,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, KWSP turut menyediakan ­khidmat nasihat kepada majikan berkaitan tanggungjawab caruman sebagai langkah proaktif untuk mengatasi isu tersebut.

Tambahnya, inisiatif itu bertujuan membantu majikan memahami kewajipan mereka dengan lebih jelas, menangani cabaran lebih awal serta mengelakkan daripada terjebak dalam tunggakan caruman.

“KWSP menyeru agar semua majikan mengambil serius perkara ini demi kesejahteraan dan masa depan pekerja mereka,” tambah kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN