fbpx
Gambar hiasan

Halalkah hasil lucah dalam drama?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-BARU ini hangat isu beberapa babak dalam drama tempatan mengandungi unsur lucah sehingga menjadi bualan orang ramai.

Apatah lagi babak yang dilakonkan oleh Vanidah Imran dan Faizal Hussein dalam drama Bidaah itu ditayangkan ketika bulan Ramadan.

Dalam babak tersebut, Vanidah sebagai Ummi Rabiatul yang berbaring di atas katil dilihat menyentuh janggut ketua ajaran sesat, Walid (Faizal) menggunakan kakinya.

Susulan itu, babak itu mendatangkan rasa marah dalam kalangan pengguna media sosial yang menganggap pengarah drama itu tidak cakna dan sensitif dengan kemuliaan bulan puasa.

Jujur ketika penulis menonton drama tersebut bersama keluarga di ruang tamu pun, penulis turut berasa segan malah berasakan adegan sedemikian tidak sesuai buat semua peringkat umur.

Baru-baru ini, pengarah drama tersebut kemudiannya memberi jawapan bahawa mesej yang ingin disampaikan adalah sekadar membawa imej agama.

Menempelak isu tersebut, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi berkata, dalam membawa mesej Islam, unsur kelucahan sama sekali tidak diperlukan, malah ia jelas bercanggah dengan prinsip Islam itu sendiri.

Katanya, mesej Islam akan tetap sampai tanpa elemen kelucahan, begitu juga matlamat yang baik tidak menghalalkan cara.

“Mungkin juga babak ini merupakan elemen kontroversi terancang bagi bertujuan menarik penonton melalui konsep ‘bad marketing.’

“Andai plot ini merupakan instrumen pemasarannya, maka ia lebih teruk di sisi Islam. Rasulullah mengecam pengusaha sebegini yang menggunakan elemen kejelekan dalam produksi mereka,” katanya.

Dr. Ahmad Sanusi berkata, sabda Rasulullah di dalam Hadis Riwayat al-Tirmizi, ‘Sesungguhnya para pengusaha (peniaga) akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan ‘fujjar’ (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertakwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.’

“Malah Rasulullah turut mengecam pengusaha yang menggunakan elemen lagha (sia-sia) dalam produk mereka apatah lagi mereka yang menggunakan unsur-unsur kelucahan yang menjengkelkan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Dr. Ahmad Sanusi berkata, sekiranya elemen ini dimuatkan secara sengaja, adakah individu terbabit ingin mencari sumber pendapatan melalui jalan yang dicegah oleh Allah.

“Adakah makanan yang bakal menjadi darah daging kita ini, kita kaut hasilnya melalui elemen yang jelas dibenci oleh Rasulullah. Sumber yang haram akan pasti mengganggu ibadah dan doa kita,” katanya.

Justeru, penulis berasakan tidak semua perkara dalam kehidupan realiti harus diterjemahkan menjadi satu adegan ke dalam naskah filem atau drama demi menyampaikan mesej agama.

Malah menampilkan alim ulama sebagai watak antagonis turut menjadikan figura itu semakin dipandang negatif dalam kalangan masyarakat.

Bagi penulis, para pengkarya filem mahupun drama harus lebih cakna dengan isu agama agar tidak mudah dipermainkan, namun tetap hasilkan karya bermutu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN