fbpx
NURUL AIDA menunjukkan sebahagian sarung telur dan produk lain yang dikait di rumahnya di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut semalam.

Rezeki daripada benang kait

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Sarung telur yang dikait dengan beraneka bentuk dan warna menjadi sumber rezeki buat seorang suri rumah sehingga mampu meraih pendapatan sampingan lebih RM650 sebulan.

Nurul Aida Mat Hassan, 30, berkata, selain berbentuk konvensional iaitu bulat, dia juga menghasilkan kaitan sarung telur pelbagai bentuk seperti strawberi dan hati mengikut permintaan pelanggan.

“Sarung telur merupakan produk dikait saya yang paling banyak mendapat tempahan ­terutama untuk kenduri kahwin dan majlis keramaian.

“Saya juga gemar mengait sarung telur kerana ia membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini semalam.

Nurul Aida berkata, dia menggabungkan warna-warna benang bagi menjadikan sarung telur dikaitnya itu lebih menarik dan unik.

Ibu empat anak tersebut berkata, setiap sarung telur dikaitnya dijual pada harga RM1.20.

“Saya juga menawarkan produk kait lain seperti sarung kotak tisu, rantai kunci dan bunga yang dijual pada harga mencecah RM70 seunit mengikut jenis dan coraknya.

“Ia menjadi pendapatan sam­pingan saya untuk meningkatkan ekonomi keluarga sejak November tahun lalu,” katanya.

Nurul Aida berkata, kemahiran mengait itu dibelajarnya menerusi video-video dalam media sosial pada 2017.

Katanya, dia belajar mengait setelah tertarik melihat produk-produk pencinta seni kait yang dimuat naik di media sosial.

“Alhamdulillah sambutan di­terima amat memberangsangkan setelah mempromosikannya di media sosial,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN