fbpx
Anggota polis memberi nasihat kepada sebahagian pelesit rempit yang diberkas di Pulau Pinang baru-baru ini.

Luahan pembaca: Pelesit rempit masih ada di 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Sudah memasuki ke tahun 2025, aktiviti lumba haram membabitkan kumpulan pelesit rempit di sekitar jalan utama di Bayan Baru, Batu Uban, Bulatan Sungai Nibong, Pantai Seagate dan terbaharu di Jambatan Kedua Pulau Pinang dilihat masih tiada kesudahan.

Mereka yang terdiri daripada anak-anak muda tempatan ini dilihat langsung tiada sikitpun rasa bersalah dan insaf kerana menganggap diri terlalu kebal. Lebih ‘keras’ apabila mereka saling melindungi antara satu sama lain terutama ketika terlibat kemalangan.

Mereka segera diangkat dan dibantu oleh geng-geng pelesit rempit meskipun tidak mengenali antara satu sama lain, manakala mangsa rempuhan pula dikerumuni oleh ‘budak-budak’ insurans yang sedia menanti rezeki di awal pagi.

Kumpulan motosikal ini langsung tidak menghiraukan pengguna-pengguna jalan raya lain apatah lagi ketika hon dibunyikan.

Nyawa kami penduduk tempatan kini diibaratkan berada di hujung tanduk setiap kali memutuskan untuk keluar pada hujung minggu, antara pukul 3 hingga 5 pagi kerana terpaksa berdepan dengan kumpulan pelesit rempit yang sedang berlumba haram.

Justeru, kami amat berharap agar coretan ini dapat membuka mata pihak berkuasa dalam menangani segera isu lumba haram di negeri ini sekali gus mengambil tindakan tegas tanpa prejudis demi kepentingan ramai.

Nurnilam,
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN