fbpx

Mohd. Yusoff sedia pertahan jawatan Timbalan Presiden FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusoff (kiri) berharap pengalaman 11 tahun bersama FAM mampu beri kelebihan pada Kongres Pemilihan nanti. - Foto ihsan FAM

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi mengakui masih ‘sayang’ dengan badan induk itu dan sedia untuk bertanding pada Kongres Pemilihan FAM yang berlangsung Februari depan.

Menurut Mohd. Yusoff, pengalaman hampir 11 tahun menabur bakti dalam pelbagai posisi bermula dengan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) boleh menjadi ‘aset’ berharga buat dirinya nanti.

Namun, Mohd. Yusoff percaya segalanya bergantung dengan pemilihan ahli gabungan FAM nanti sama ada mahu mencalonkannya untuk kekal sebagai Timbalan Presiden atau sebaliknya.

“Saya fikir itu biar ahli gabungan untuk jawablah. Saya sudah ada sejak 2013 dalam FAM sebagai Exci dan dua penggal sebagai Timbalan Presiden FAM.

“Jadi, saya fikir ahli gabungan lebih bijak membuat penilaian. Kalau mereka rasa saya masih diperlukan di sini, saya sedia. Tapi kalau tidak pun, Alhamdulillah,” katanya.

Sebagai rekod, spekulasi mengenai status pemegang jawatan-jawatan penting dalam badan induk itu menjadi tanda tanya selepas Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin tidak mempertahankan jawatannya nanti.

Hamidin membuat keputusan tersebut kerana mahu memberi muka baharu untuk memimpin FAM ke tahap yang lebih tinggi selepas menghadapi pelbagai kontroversi dalaman pada tahun ini.

Kongres Pemilihan FAM untuk penggal 2025-2029 bakal berlangsung pada 15 Februari depan di Subang Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN