fbpx
Keadaan runtuhan tanah di Jalan Kampung Besol-Rantau Panjang, Hulu Dungun semalam.

Jalan tuntuh, penduduk bimbang terputus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Ribuan penduduk di lima perkampungan di mukim Hulu Dungun, di sini berisiko terputus hubungan selepas sebahagian laluan di Kilometer 3, Jalan Kampung Besol-Rantau Panjang yang menjadi akses orang ramai runtuh akibat hakisan tanah ekoran hujan lebat berlarutan sejak Selasa lalu.

Runtuhan itu menyebabkan hanya satu laluan sepanjang 10 kilometer (km) yang menghubung perkampungan terbabit dengan pusat bandar Dungun dan pekan Bukit Besi boleh dilalui.

Seorang penduduk, Nasaruddin Mohd. Salleh, 48, berkata, Jalan Kampung Besol-Kampung Rantau Panjang itu merupakan laluan sering digunakan penduduk Kampung Minda, Kampung Talong,

Kampung Tepus, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Kuala Jengai, di sini terutama pada musim tengkujuh.

“Ia kerana jalan itu merupakan satu-satu laluan yang selamat dan tidak ditenggelami banjir pada musim tengkujuh.

“Semua laluan alternatif lain lebih rendah dan kebiasaannya tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan setiap kali Hulu Dungun dilanda banjir,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, dia bimbang bantuan dan makanan kepada mangsa banjir di mukim berkenaan tidak dapat dihantar sekiranya runtuhan jalan itu bertambah buruk.

Seorang lagi penduduk, Che Azmi Ibrahim, 56, pula berkata, Jalan Kampung Besol-Rantau Panjang merupakan akses paling pendek untuk ke pusat bandar Dungun dan pekan Bukit Besi untuk aktiviti seharian.

“Walaupun satu laluan masih boleh dilalui, saya tetap bimbang terutama untuk melakukan pemanduan di kawasan itu pada waktu malam.

“Kita tidak tahu pergerakan tanah di bawah, apatah lagi cerun bukit di laluan itu agak tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, perbincangan akan dilakukan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mencari mekanisme penyelesaian sementara berhubung runtuhan laluan tersebut.

“Kita mahu jalan itu masih terus boleh dilalui tetapi dalam masa sama keselamatan pengguna jalan raya dilindungi.

“Antara cadangan lain ialah memasang penghadang had ketinggian kenderaan bagi menghalang kenderaan berat memasuki laluan itu buat sementara bagi memastikan kerosakan tidak bertambah teruk,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN