fbpx
LONGGOKAN sampah yang dibuang sesuka hati oleh orang awam telah berlarutan lebih 10 tahun di Jalan Sepah Beruang, di Benut, di Pontian.

‘Bukan satu, tapi empat tempat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Menjijikkan. Begitulah keadaan bau jalan yang menjadi lokasi sampah dilonggok di Jalan Sepah Beruang Benut di sini yang telah berlarutan lebih dari 10 tahun.

Bukan satu tetapi empat lokasi lain di laluan ke beberapa perkampungan seperti Parit Lapis Sayang, Parit Sayang, Kampung Baru, Benut dan Bandar Benut dikesan menjadi lokasi pembuangan sampah haram.

Meskipun Bandar Benut sudah menerima kemudahan kutipan sampah berjadual selepas diletakkan sebagai kawasan percukaian, namun sampah longgok seperti itu masih lagi berlaku.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Li memberitahu, ketiadaan tong sampah besar oleh pihak berkuasa menyebabkan penduduk menjadikan bahu jalan sebagai tempat pembuang sampah.

Katanya, jika sebelum ini ha­nya satu lokasi sahaja pembuangan sampah tetapi kini telah bertambah menjadikan kawasan laluan tersebut berbau busuk dan hanyir terutamanya ketika musim hujan.

Ujarnya, dia tidak pasti pihak yang menjadikan bahu jalan yang merupakan rezab tanah kerajaan sebagai tempat membuang sampah tanpa mengira waktu siang dan juga malam.

“Dulu ada tong besar, tetapi telah ditarik keluar oleh pihak berkuasa, tetapi orang masih membuang sampah di tempat yang sama, mungkin mereka tiada kemudahan kutipan sampah dan sebagainya,” ujarnya.

Jelasnya, masalah ini perlu diselesaikan bagi elak masalah ini berterusan dan bau busuk sepanjang jalan ada sampah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN