fbpx
Aisha kecewa apabila konsert yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 November ini terpaksa dibatalkan.

Berangan biar berpada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JUMAAT lepas kecoh konsert Aisha Retno Malam Sutera yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 November ini dibatalkan.

Penganjur, Kharisma Music International menjelaskan keputusan itu diambil susulan jualan tiket yang kurang memberangsangkan.

Sudah semestinya Aisha kecewa dengan pengumuman itu malah menyifatkan ini satu bentuk penindasan apabila penganjur tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu sebelum bertindak demikian selain enggan berbincang untuk mencari solusi terbaik.

Bagi saya, baik penganjur mahupun Aisha terlalu ambitious dan tidak realisitik. Sepertimana yang akui Aisha sebelum ini dia masih ‘hijau’ dalam industri dan belum layak untuk mengadakan konsert, namun bersetuju melakukannya kerana keyakinan ditunjukkan penganjur.

Kedua-dua pihak kena berpijak di bumi nyata. Aisha baru empat tahun bergelar penyanyi. Sepanjang tempoh itu, dia cuma ada sembilan lagu termasuk lagu raya. Nama pun belum cukup besar untuk bikin konsert.

Sepatutnya Aisha bermula dengan persembahan berskala kecil dengan mengadakan showcase seperti yang dilakukan kebanyakan penyanyi lain. Apabila sudah cukup ilmu dan pengalaman, maka buatlah konsert.

Bukan semua ada peluang dan keberanian untuk tampil dengan konsert kerana banyak aspek perlu dipertimbangkan. Liza Hanim misalnya, meski suara padu ada ramai pengikut, selepas 27 tahun baru bikin konsert.

Begitu juga Jaclyn Victor, selepas 20 tahun menyanyi dan menang pelbagai anugerah baru ada keberanian tampil dengan konsert sulung. Siti Nordiana pula merealisasikan konsert pertama selepas 25 tahun dalam industri.

Itu belum sebut lagi Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris. Selepas 40 tahun baru buat konsert sedangkan sepanjang kembara seninya beliau menerbitkan 13 album solo dan beberapa album kompilasi serta duet. Jadi, jika tidak cukup repertoire janganlah ‘berangan’ nak buat konsert.

Peringatan ini bukan untuk penyanyi tetapi juga penganjur. Dalam kes Aisha misalnya, penganjur pasti sudah nampak risiko yang akan ditempuh termasuk tiket tidak laku. Maaf cakap, promosi pun lemah!

Hanya nampak dalam sosial media dan tidak dibuat secara besar-besaran seperti penganjuran konsert penyanyi terkenal seberang, antaranya Raisa, Afgan dan Lyodra serta Mahalini.

Macam mana nak tarik ‘crowd’ apabila tidak ‘dipalu kompang’? Kalau benar dakwaan Aisha penganjur lepas tangan soal promosi, memang tidak patutlah. Dalam soal promosi kedua-dua pihak kena main peranan dan buat secara bersungguh-sungguh.

Harga tiket pun boleh dikatakan mahal untuk artis baru mencipta nama seperti Aisha iaitu RM 199, RM250, RM325 dan RM4,000. Harap insiden ini menjadi iktibar buat semua.

Buat Aisha, jangan patah semangat. Perjalanan anda dalam industri seni masih jauh, Insya-Allah bila tiba masa sesuai akan ada konsert sendiri satu hari nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN