fbpx
ANTARA tiang-tiang besi di sepanjang laluan pendakian Bukit Broga yang sudah berkarat dan tidak diselenggara dengan baik sehingga membahayakan pendaki.

Luahan pembaca: Tiang besi berkarat di Broga ‘tunggu’ mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG

BARU-BARU ini, saya dan rakan-rakan telah mengadakan program pendakian ke Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor sempena cuti panjang persekolahan dan Hari Deepavali.

Bukit Broga sememangnya dikenali sebagai antara lokasi pendakian popular di Selangor kerana menyajikan pemandangan yang indah selain tahap kesukarannya yang boleh dilalui oleh orang ramai tanpa mengira umur.

Memandangkan Bukit Broga ini telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK), maka sebarang aktiviti pendakian perlu memohon permit daripada Jabatan Perhutanan Selangor dengan bayaran RM5 seorang.

Bagaimanapun, isu timbul apabila kemudahan papan tanda arah dan papan makluman yang dipasang pihak berwajib di sepanjang pendakian gagal diselenggara dengan baik sehingga ada yang lusuh dan ditutupi semak samun.

Paling merisikokan apabila terdapat berpuluh-puluh tiang besi dan tali yang dipasang sebelum ini bagi memudahkan pendakian tidak lagi berfungsi dengan baik, sebaliknya menjadi satu ancaman kepada pendaki.

Selain mengganggu laluan pendakian, tiang-tiang besi ini juga ada yang telah berkarat dan berisiko untuk tercabut sehingga boleh mengundang bahaya.

Saya khuatir jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, ia akan membahayakan keselamatan para pendaki dan boleh mencacatkan pengalaman pendakian mereka.

Selain itu, keadaan ini turut memberikan imej negatif kepada kawasan pendakian yang sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan alam semula jadi.

PENDAKI TUA
Jenderam Hilir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN