fbpx
PENGGUNA sering tertipu dengan mekanik bengkel apabila perlu menukar skru camber deĀ­ngan alasan tidak munasabah. - PIC INTERNET

Mekanik tamak suka tipu harga skru camber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang eksekutif agensi pelancongan, Teh Suhaida Zulkifli, 24, mengakui pernah beberapa kali tertipu dengan mekanik bengkel membaiki kenderaan apabila perlu menukar skru camber deĀ­ngan alasan tidak munasabah.

Katanya, sebelum ini dia yang tidak berapa mahir dengan penyelenggaraan kereta akan mengikut saranan mekanik terĀ­babit.

ā€œBiasanya kalau saya menghantar kereta Perodua Myvi untuk melakukan penjajaran atau menukar tayar di sebuah bengkel membaiki kereta, selalu dikenakan caj tambahan.

ā€œMacam-macam caj dikenakan. Kebiasaannya mekanik itu mendakwa skru camber perlu ditukar. Saya ikut sahaja walaupun kena bayar tambahan RM60,ā€ katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Teh Suhaida berkata, dia mula ragu dakwaan mekanik terbabit apabila diminta sekali lagi untuk menukar skru camber sewaktu menukar tayar keretanya pada awal tahun ini.

Dia berasa pelik kerana skru camber tersebut baru ditukar di bengkel sama beberapa bulan sebelum itu.

Dia mengambil keputusan untuk tidak menukarnya.

Sementara itu, di Temerloh, Pahang, seorang pengguna, Azwin Abu Bakar,38, berkata, dia berasa pelik apabila setiap kali menukar tayar atau melakukan penjajaran (alignment), mekanik sering meĀ­ngatakan perlu menukar skru camber.

Katanya, dia yang kurang arif dengan perkara itu hanya mengikut nasihat mekanik bagi memastikan keselamatan dan keĀ­selesaan pemanduan.

ā€œSaya tidak tahu sama ada dia (mekanik) menipu atau tidak tetapi apa boleh buat, saya tidak arif mengenai kereta dan saya hanya berharap tidak ditipu dan mekanik ikhlas dalam berniaga,ā€ katanya.

Dalam perkembangan lain, harga yang tinggi dan berbeza-beza bagi penjajaran tayar dan juga pelarasan camber di Lembah Klang membuatkan pengguna berasa terbeban.

Keadaan itu membuatkan pengguna mempersoalkan harga sebenar yang sepatutnya ditawarkan, seolah-olah sikap peniaga bengkel yang sengaja mengaut keuntungan tinggi.

Seorang pengguna, Izat Zamri,38, berkata, dia pelik dengan harga yang ditawarkan di Lembah Klang yang baginya tidak masuk akal berbanding harga di tempat lain.

Justeru katanya, dia yang beĀ­kerja di Cheras mengambil keputusan pulang ke kampungnya di Temerloh setiap kali ingin menukar tayar atau melakukan penjajaran.

ā€œSaya akan memandu pulang ke Temerloh untuk membuat ā€˜alignment’ kerana di sini harĀ­ganya hanya RM20, tetapi di Kuala Lumpur paling rendah RM40,ā€ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN