fbpx
Dua beranak cedera selepas dihempap pokok kelapa sawit tumbang di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta semalam.

Dua beranak parah dihempap pokok kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Dua beranak cedera parah akibat dihempap pokok kelapa sawit yang tumbang dalam kejadian di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta di sini kira-kira pukul 1 tengahari semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu dipercayai berlaku ketika mangsa, S Dhanalekchumi, 37, sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang selepas mengambil anaknya, K Tanushrou, 7, dari sekolah.

“Keadaan cuaca buruk serta angin yang agak kuat, tiba-tiba sebatang pokok sawit di lereng bukit tumbang menghempap kedua-dua mangsa. Mangsa dilaporkan cedera di leher dan dada, manakala anaknya mengalami kecederaan parah di kepala serta dada,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI