fbpx
HASRIZAL (kanan) menunjukkan sebahagian artifak ‘The Bidong Shipwreck’ yang dijumpai di perairan Pulau Bidong, Kuala Nerus semalam.

Misi selamat artifak lima abad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Pasukan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan melakukan selaman bagi kerja-kerja ekskavasi keempat ke atas bangkai kapal karam, ‘The Bidong Shipwreck’ berhampiran perairan Pulau Bidong, dekat sini bulan depan.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan UMT, Prof. Madya Dr. Hasrizal Shaari berkata, bangkai kapal perdaga­ngan asing yang dikatakan karam antara tahun 1510 dan 1520 itu dijumpai secara tidak se­ngaja pada 2012.

“Sebelum ini, kita telah me­lakukan tiga siri ekskavasi terhadap ‘The Bidong Shipwreck’ pada 2017, 2022 dan 2023.

“Setakat ini, lebih 500 artifak bersejarah berjaya diselamatkan,” katanya pada program Kembara Penyelidikan Marin Kementerian Pendidikan Tinggi di Stesen Penyelidikan Alami UMT di Pulau Bidong semalam.

Katanya, pasukan penyelidik UMT akan cuba menaikkan beberapa lagi artifak dari bangkai kapal tersebut.

Jelasnya, kerja-kerja ekskavasi keempat akan menggunakan teknik konservasi ex situ.

“Kami mahu merungkai lagi nilai sejarah bangkai kapal per­dagangan karam yang dianggarkan berusia 500 tahun itu.

“Setakat ini, hasil kajian mendapati kapal tersebut diperbuat daripada kayu pokok meranti temak nipis yang hanya terdapat di Asia Tenggara. Boleh dikatakan ia bangkai kapal warisan Melayu atau Nusantara,” katanya.

Ia dipercayai tenggelam antara 1510 dan 1520 iaitu pe­ralihan zaman Kesultanan Melayu Melaka serta penjajahan Portugis.

“Antara artifak yang berjaya dijumpai ialah seramik, tembikar dan peluru meriam. Kebanyakan peninggalan yang diselamatkan ditempatkan di stesen penyelidikan ini selain Galeri Institut Oseanograti dan Sekitaran (Inos) UMT dan Muzium Negeri Terengganu.

“Penyelidikan kebudayaan bawah air ini menjadikan Pulau Bidong yang dahulunya penempatan orang hanyut Vietnam kini berkembang menjadi pusat kajian serta pengajaran dan pem­belajaran (P&P),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN