fbpx

Penyusunan semula empat mata pelajaran tahap 1 mudahkan proses PdP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (tengah) menunjukkan pelaksanaan Intervensi Kurikulum selepas sidang akhbar khas berhubung Intervensi Kurikulum di Kementerian Pendidikan, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Inisiatif pengurangan kepadatan kurikulum bagi empat mata pelajaran di tahap 1 sekolah rendah sehingga 50 peratus telah membantu memudahkan tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, empat matapelajaran berkenaan iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah terbabit dalam penyusunan semula Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Edisi 3.

Beliau berkata, penyusunan semula matapelajaran bermula Mac lalu itu dilaksanakan bagi memudahkan murid-murid memahami semua standard pembelajaran yang dikehendaki dalam kurikulum berkenaan.

“Kita telah mengambil langkah proaktif dengan menyusun semula empat matapelajaran ini lebih awal bagi memudahkan murid-murid.

“Dokumen penjajaran ini bukan sahaja disediakan dalam bahasa Melayu tapi turut diterjemah dalam bahasa Mandarin, Inggeris dan Tamil untuk memenuhi keperluan murid di sekolah,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI