fbpx
Dadah yang dirampas dalam operasi di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas malam tadi.

Edar dadah dalam pondok pengawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Empat lelaki disyaki pengedar dadah ditahan polis ketika melakukan kegiatan itu di dalam sebuah pondok pengawal keselamatan di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam operasi kira-kira pukul 9.15 malam itu pihaknya menahan suspek berkenaan yang berusia di antara 34 hingga 61 tahun.

“Polis merampas 7.2 gram (g) dadah jenis heroin bernilai RM360 dan 0.1 g syabu (RM10) daripada suspek tersebut.

“Ujian saringan air kencing turut mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah, manakala dua daripadanya mempunyai rekod lampau,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(A), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN