fbpx

K2

Hukum bergambar berdua-duaan berlainan jantina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berdua-duaan mengambil gambar dengan ajnabi berlainan jantina tanpa keperluan sehingga menimbulkan fitnah dilarang dalam Islam. – Gambar hiasan

Adakah dibolehkan kita mengambil gambar berdua-berduaan dengan bukan mahram di tempat awam dan gambar difokuskan berdua sahaja? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

Jawapan: Asasnya, perbuatan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah dilarang melainkan ditemani mahramnya. Ini berdasarkan riwayat Saidina Abdullah bin Abbas RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan perempuan itu ditemani oleh mahramnya. (Riwayat Muslim, 1341)

Percampuran antara lelaki dan wanita hanya dibenarkan pada keadaan-keadaan tertentu seperti urusan darurat, keperluan dan maslahat dalam menjalankan urusan harian.

Berikut adalah perincian urusan darurat dan keperluan: Imam al-Nawawi menyatakan pengharaman khalwat lelaki dan wanita termasuk juga dalam bab berdua-dua menunaikan solat.

Namun, pengecualian bagi kes-kes dalam keadaan darurat. Misalnya, terjumpa wanita ajnabi yang tersesat di jalanan, maka dibolehkan menemaninya atas dasar keselamatan sekiranya wanita itu takut ditinggalkan.

Selain itu, urusan keperluan melibatkan muamalat sesama manusia berkaitan kemasyarakatan seperti urusan jual beli, penyaksian, urusan kerja, politik, urusan menuntut ilmu, jihad dan keperluan urusan seharian lain dibolehkan.

Sementara itu, hukum harus melihat ajnabi dalam urusan jual beli, mengambil dan memberi sesuatu barangan dan seumpamanya.

Urusan bermuamalat dengan berlainan jantina mestilah tertakluk dengan nilai-nilai adab dan hukum berkaitan pakaian yang menutup aurat, menjaga pandangan serta tidak melunakkan suara dengan manja (semasa bercakap dengan lelaki asing).

Syeikh Abdul Hamid al-Syarawani menyebutkan bahawa garis penentuan pergaulan antara lelaki dan wanita yang diharamkan berdasarkan situasi mengundang fitnah.

Kesimpulannya, berdua-duaan mengambil gambar dengan ajnabi yang berlainan jantina tanpa keperluan sehingga menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Sementara itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan termasuklah juga mengambil gambar hanya dibenarkan pada urusan keperluan dan jauh daripada fitnah, di samping menjaga batas-batas pergaulan yang telah digariskan oleh syariat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI