fbpx
Gambar hiasan

Sampai sekarang saya tertekan, dunia gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan mengalami kemuru­ngan melampau sehingga terfikir untuk membunuh diri selepas menjadi mangsa scammer sehingga kerugian lebih setengah juta awal tahun lalu.

Mangsa yang mahu dkenali sebagai Lim, 61, berkata, semuanya bermula apabila dia terjebak dengan tipu helah penipuan dalam talian yang menawarkan skim pelaburan tidak wujud.

“Saya tertarik dengan iklan pelaburan pada awal Januari lalu yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram. Pulangannya sangat lumayan dan senang sangat berurusan.

“Tanpa berfikir panjang, saya ikut langkah-langkah yang diberikan scammer untuk membuat pelaburan sebelum melakukan beberapa transaksi sebanyak RM10,000 sebagai pelaburan permulaan.

“Tidak sampai sebulan, saya tengok pelaburan saya sudah untung, jadi saya berhubung lagi dengan ejen untuk mendapatkan pulangan itu. Syarikat itu memasukan keuntungan sebanyak RM30,000,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Lim berkata, dia kemudian ingin menambah pelaburan lagi dan terus melakukan beberapa transaksi ke akaun kononnya milik syarikat pelaburan sehingga mencecah RM540,000.

Tidak lama kemudian katanya, dia cuba menghubungi ejen untuk mendapatkan pulangan keuntungan, namun wakil syarikat pelaburan itu gagal dihubungi.

“Lepas tahu saya ditipu, saya rasa hilang semangat untuk meneruskan hidup. Ada satu tahap saya fikir mahu tamatkan riwayat hidup.

“Sampai sekarang saya rasa tertekan sebab duit yang saya simpan itu hilang sekelip mata,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN