fbpx

Isu daging seludup: Kes masih dalam siasatan KPDNHEP – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan semua pihak supaya tidak memberi sebarang ulasan dan pandangan yang boleh menjejaskan kredibiliti terutama berkaitan kes daging seludup baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Beliau berkata, sebarang ulasan dan pandangan secara tidak langsung boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan boleh menjejaskan pengimport dan pengusaha industri daging negara yang telah mendapat pengesahan halal yang sah.

“Kami memohon semua pihak untuk menghormati proses tindakan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Semoga pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini dapat dibawa ke muka pengadilan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kerajaan menetapkan bahawa pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan daripada abatoir/loji pemprosesan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jakim.

Abdul Aziz berkata, daging dan produk daging yang diimport masuk perlu pengesahan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

Menurutnya, pengimport juga perlu mengemukakan bersama sijil kesihatan daripada pihak berkuasa veterinar negara pengeksport dan kelulusan permit import dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) sebelum daging dan produk daging tersebut dibenarkan masuk ke pasaran negara ini.

“Justeru, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu penyeludupan daging dan penyalahgunaan kuasa hendaklah melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI