fbpx
ABDUL SAMAD menunjukkan durian kampung di ladangnya di Kampung Sungai Gapes, Sahom, Kampar yang setanding dengan durian kahwin lain kelmarin.

Berebut durian dengan pak belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Penggemar raja buah tidak perlu gusar perihal harga dan kualiti kerana durian kampung kini setanding dengan buah premium yang terdapat secara meluas di pasaran sekarang.

Menurut seorang pemilik ladang durian, Abdul Samad Tahir, 69, yang mempunyai 200 pokok durian jenis kampung di tanah keluasan lapan hektar di Kampung Sungai Gapes, Sahom di sini, situasi itu mungkin disebabkan oleh faktor tanah, geografi dan usia pokok itu sendiri.

“Pokok durian saya kebanyakkannya berusia 50 tahun ke atas. Itu yang menjadikannya lebih sedap dan petua orang dahulu jika dimakan oleh banyak tupai kualitinya memang ‘champion’ setanding dengan durian kahwin dan berkualiti premium.

“Selain itu, durian kampung juga digemari si belang (harimau) yang turut menggemari buahnya kerana itu antara makanan ke­gemarannya,” katanya di sini kelmarin.

Bagaimanapun, ujarnya tidak pernah terserempak dengan haiwan karnivor itu kerana penduduk Orang Asli di situ akan memaklumkannya sekiranya mereka ada melihat tapak kaki atau kesan fizikal lain pemangsa itu.

Katanya lagi, selain faktor usia yang menyebabkan durian kampung setanding durian kahwin ialah bajanya yang bersifat semulajadi menerusi najis haiwan di hutan dan bukit selain penggunaan racun perosak yang kurang.

“Durian kampung pokok lama memang dah steady kerana faktor alam semula jadi. Bajanya hasil najis haiwan yang terdapat merata-rata di kawasan bukit dan hutan.

“Kulit durian juga boleh dijadikan baja selain dibuang begitu sahaja selain tidak perlu penggunaan racun perosak yang banyak. Serangan kera dan tupai itu biasa tetapi berapa peratus sahaja nilai kerosakannya berbanding hasil buah yang luruh,” katanya.

Ujarnya, beliau menjangka 4,000 buah durian kampung masak daripada 200 pokoknya pada musim kali ini yang dijual secara terus kepada pembeli yang hadir di ladangnya selain dijual terus kepada pemborong dan peraih durian berhampiran.

Durian kampung jualannya bermula dengan harga RM6 sekilogram yang bersaiz besar dan mempunyai isi kekuningan dan padat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN