fbpx
PASAR Tani Kekal Kuala Kangsar yang dibuka sejak awal Mei 2024 bagi menggantikan Pasar Besar Kuala Kangsar.

‘Kami berebut pujuk pembeli singgah ke gerai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Kira-kira 30 peniaga di kompleks pasar basah baharu di bandar Kuala Kangsar menagih kehadiran pengunjung sejak lebih sebulan berpindah ke tempat tersebut.

Peniaga yang ditemui turut mendakwa, jualan harian mereka mengalami pengurangan mendadak sejak berpindah ke tempat baharu itu yang dinamakan Pasar Tani Kekal Kuala Kangsar.

Berdasarkan pemerhatian, suasana pagi di tempat tersebut agak lengang dengan bilangan pengunjung yang sedikit.

Keadaan itu juga diperhatikan membuatkan para penjual bersaing sesama sendiri untuk memujuk pembeli singgah ke gerai masing-masing.

Sebelum ini sejak berdekad lalu, hampir kesemua peniaga terbabit berniaga di Pasar Besar Kuala Kangsar yang terletak di tengah-tengah pusat bandar.

Mereka percaya masalah sekarang berpunca akibat kemerosotan pengunjung kerana lokasi baharu itu yang jauh dari pusat tumpuan.

Menurut seorang peniaga, keadaan demikian membuatkan pembeli merasakan tidak berbaloi untuk ke pergi pasar baharu itu, selain kelompok pembeli warga emas dan golo­ngan berpendapatan rendah yang tiada pengangkutan.

Seorang peniaga daging berkata, pada kebiasaan daging yang dijual boleh habis dalam dua hari, namun kini memakan masa tiga hingga empat hari.

“Banyak peniaga termenung menantikan pembeli. Malah jualan kini lebih bergantung kepada sokongan pembeli setia masing-masing,” katanya.

Seorang peniaga ikan berkata, kadar jualannya di lokasi lama boleh mencecah sehingga RM800 sehari, tetapi kini menyusut kepada RM300-RM400 sehari.

“Berbanding di tempat lama, pembeli suka ke situ kerana ada kemudahan bank untuk keluar duit dan kemudahan lain,” katanya.

Kesemua mereka percaya, para pembeli juga mungkin memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan perubahan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN