fbpx
Rosli menunjukkan sebilah parang yang menggunakan besi jenis microblade di Kampung Kinjang, Chenderiang, Tapah semalam.

Tukang asah pisau jadi ‘buruan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Di sebalik kisah lembu dan menumpahkan darah menjelang Aidiladha, seorang lelaki dalam diam menjadi ‘buruan’ kerana memiliki kemahiran me­ngasah parang dan golok bagi memudahkan proses menyembelih serta melapah daging binatang korban.

Rosli Jaafar, 54, berkata, dia tidak menang tangan sejak dua bulan lalu apabila me­nerima banyak permintaan daripada orang perseorangan dan pihak masjid untuk menajamkan peralatan memotong serta melapah.

Katanya, ada dalam kalangan pelanggan menghantar golok, parang dan pisau dalam jumlah yang banyak.

“Biasanya sebilah tidak lebih sejam untuk diasah supaya tajam. Caj yang dikenakan pula bermula RM10,” katanya yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun menghasilkan golok dan parang.

Menurut Rosli yang membuka bangsal mengasah di Kampung Kinjang, Chenderiang di sini, sebanyak 200 pelanggan telah datang untuk mendapatkan ­khidmatnya mengasah peralatan berkaitan korban setakat semalam.

Tambahnya, permintaan untuk khidmat mengasah bermusim dan ada juga permintaan diterima pada hari biasa.

Dalam pada itu, Rosli berkata, ramai yang minat untuk membeli golok dan parang menggunakan jenis besi kayangan iaitu microblade dari Itali kerana lebih tajam dan tahan lama.

“Sebilah golok dan parang yang menggunakan dua jenis besi ini berharga RM800 hingga RM1,600 sehingga digelar besi kayangan berbanding besi biasa iaitu RM250 hingga RM350 termasuk hulu dan sarung,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN