fbpx
BAGNAIA bakal bergandingan dengan Marquez musim depan, sekali gus berdepan kesukaran untuk mengekalkan kejuaraan dunia. - AFP

MotoGP: Pecco Bagnaia tak ‘goyang’ hadap Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia tidak gentar dengan kehadiran Marc Marquez yang menjadi rakan sepasukannya bermula musim depan, sebaliknya ambil perpindahan tersebut sebagai cabaran.

Juara dunia MotoGP enam kali, Marquez sah mengikat kontrak dua tahun bersama Ducati sekali gus mengambil alih tempat Enea Bastianini tahun depan.

Bagaimanapun, Bagnaia menjelaskan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kehadiran Marquez bakal memberi nilai tambah kepada pasukannya terutama khusus kepada pembangunan jentera lebih baik.

“Saya suka cabaran ini dan dia (Marquez) akan membawa pengalaman terbaiknya ke Ducati. Secara jujur, kehadiran dia juga tidak membawa perubahan kepada saya dan tidak perlu untuk mencemburuinya.

“Saya bekerja untuk diri saya sendiri dan dengan pasukan saya. Perkara yang penting ialah mengekalkan suasana terbaik ini dalam dalam garaj.

“Sekiranya dalam pasukan suasana harmoni saya pasti keadaan itu tidak akan berubah pada masa akan datang.

“Mengenai pemburuan gelaran dunia, saya rasa tiada masalah kerana kami akan bekerja ke arah yang sama iaitu memburu kejuaraan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN