fbpx

KPDNHEP sambut baik dua inisiatif Shell bantu golongan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnol Zam Zam (kiri) diiringi Shairan Huzani (kanan) melihat barangan keperluan ketika membuat lawatan bagi memperkenalkan inisiatif “Community Food Box” dan “Sudut Barangan Komuniti” bagi membantu golongan kurang berkemampuan di Stesen Minyak Shell Presint 18, Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik inisiatif Shell dalam melaksanakan Peti Makanan Komuniti dan Sudut Barangan Komuniti di 48 rangkaian stesen minyak terpilih di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementerian KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, inisiatif yang diperkenalkan itu membantu golongan memerlukan khususnya yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, dua inisiatif itu menyediakan kemudahan bagi mendapatkan akses bekalan makanan.

“Peti Makanan Komuniti menyediakan satu ruang bagi meletakkan barangan kering yang didermakan pelanggan Shell.

“Program ini sekali gus dapat meringankan bebas kos sara hidup yang dihadapi mereka di samping meningkatkan kesedaran rakyat untuk saling membantu antara satu sama lain,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Stesen Minyak Shell, Presint 18, hari ini.

Hasnol Zam Zam berkata, Sudut Barangan Komuniti pula adalah penjualan barangan makanan asas dengan harga berpatutan seperti tepung, gula, makanan bertin dan lain-lain.

Beliau berkata, rangkaian stesen minyak Shell turut mengambil inisiatif untuk menjual roti Gardenia dengan harga tawaran serendah RM1 pada setiap Rabu menerusi kempen Wow Wednesday sehingga 17 Februari tahun depan tertakluk syarat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI